Dilea - Webinar Berkala Sejarah Edisi 4
22 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu bertarikh 21 Feb 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program SSO DILEA yang bertajuk Webinar Berkala Sejarah Edisi 4. Webinar tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar dari Tingkatan 5 yang terdiri daripada komuniti tempatan. Kelas Webinar tersebut berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Topik Webinar Berkala Sejarah pada kali ini adalah mengenai Strategi Menjawap Sejarah SPM bagi Kertas 2. Antara penekanan yang diberikan semasa webinar itu berlansung adalah seperti berikut:
• Penerangan format Kertas 2
• Teknik menjawap soalan struktur dan subjektif dengan tepat
• Contoh soalan peperiksaan sebenar
• Tips penting untuk bantu meningkatkan markah dengan lebih yakin
Kami berharap agar sesi pembelajaran yang focus dan padat ini dapat memberi manfaat kepada peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: